Saturday, November 7, 2015

MARES Flea Market

Rakan-Rakan Ham Seluruh Malaysia
Untuk menyemarakkan aktiviti radio amatur dikalangan komuniti radio
amatur di Semenanjung Malaysia jual saldo paypal , saya mewakili pihak komuniti Flea
Market ingin memaklumkan pihak Mares akan mengadakan Jualan Flea
Market seperti di bawah:

Penyertaan adalah terbuka pada semua rakan-rakan radio amatur atau SWL.
Para peminat hobi radio amatur dari pelbagai komuniti dapat
menggunakan peluang acara Flea Market ini untuk mendapatkan 'value'
pada barangan (yang telah tidak digunakan lagi) yang berkaitan hobi
radio amatur seperti antena terpakai, komponen-komponen radio
terpakai, kabel, buku-buku atau majalah berkaitan radio amatur,
barangan homebrew dan sebagainya dengan menjualnya pada hari tersebut.

Flea Market juga dapat dijadikan medan mendapatkan perkakasan radio
amatur pada nilai terbaik dan ruang khidmat nasihat teknikal secara
langsung dengan penjual.

Disamping itu aktiviti ini dapat menjadi medan buat para peminat
radio amatur mendapatkan perkakasan radio amatur dengan lebih mudah
serta dapat mengeratkan hubungan sesama rakan-rakan radio amatur di
Malaysia melalui interaksi.

Bagi rakan-rakan yang berminat untuk menjual barangan atau perkakasan
berkaitan radio amatur atau barangan homebrew pada hari tersebut
bolehlah menghubungi saya di untuk tempahan
ruang jualan. Sekiranya tidak mahu menempah ruang atau barangan yang
ingin dijual adalah dalam kuantiti kecil juga boleh menumpang meja
khas yang akan disediakan nanti.

Bagi rakan-rakan radio amatur yang berminat membeli atau
sekadar 'window shopping' juga dijemput datang untuk memeriahkan
aktiviti ini nanti. Selain aktiviti jualan terdapat beberapa aktiviti
sampingan semasa jualan nanti. Maklumat lanjut mengenai Flea Market
ini boleh dicapai di

Diharap pihak tuan dapat memaklumkan pada komuniti tuan tentang
aktiviti ini dan sekiranya ada yang berminat ingin ikut serta menjual
barangan atau mencari perkakasan hobi radio amatur bolehlah
menghubungi kami sebelum tarikh tersebut. Kehadiran tuan-tuan nanti
amat kami nantikan.

Terima kasih.

"Flea Market Medan Interaksi Sesama Komuniti'